Thursday, February 3, 2011

Ngerepak kedei kopi..

hows life mate? :D

lamak pak dukun sik ngabas sitok.. ney ndak nya ku bizi.. malam senin selasa tusyen rabu petang ngan malam tusyen khamis tution agik jemat bok ilek sabtu minggu stret tusyen dari pagi ke petang sambong malam selebihnya masa siang bejalan ngan public mutual ku.. tok ada request 2 slot tusyen gik.. alhamdullillah gago ya retinya ada juak rejeki.. sik pernah ku segago dan serajin tok tapi sik hal, lebih kepuasan ku dapat dari ku kerja makan gaji dolok..

nampak gayanya pak dukun dah tukar pangkat nektok.. jadi chegu dukun ehehe.. boh nok berolah takrang ku rotan lak!! ;p

so paham-paham lah kenapa blog saya sunyek..

tapi ada sigek benda aritok alu molah 'heng' ngerepak ku datang..

.................................

mun kitak urang maca newpaper Star bertarikh 2/2/2011.. dalam ruangan star metro sarawak ada cerita tentang society for the kuching urban poor (SKUP).. sidak skup tok adalah badan amal bukan kerajaan (badan amal gereja) yang nulong urang miskin bandar sik kira bangsa agama dengan menyediakan makanan pree sehari sekali melalui van bergeraknya di 6 lokasi di sekitar kuching..

article yang sama turut menceritakan tentang kak roslyn dan keluarganya yang idup susah anak setengah dozen laki kerja sik tentu jadi kuli keng jak yang kesusahan keluarga tok sampei tahap mutit sisa sayor dan perut manok di wet market pakei polah lauk untuk santapan sidak anak beranak.. kak roslyn tok pernah mintak batuan daripada jabatan kebajikan masyarakat tapi kenak reject.. so urang kedak sidak kak ros tok lah yang menerima bantuan sidak skup tok tek..

mun diamati kisah tok.. kak ros tok beragama Islam.. dan badan kebajikan ya adalah badan amal kristian.. (dan mungkin bukan kak ros sorang jak, mungkin rami gik urang berugama Islam yang mendapatkan bantuan daripada pihak badan amal gereja tok).. di sitok aku sik mok mempersoalkan tentang halal haram makanan yang disediakan ya, any hidden agenda watsoever benda-benda sensitif berkaitan inter-religion.. (dah sidak gereja melakukan satu amalan yang bagus dan kak ros tek nang terdesak so benda ya dipahami).. tapi di sitok aku ingin mempersoalkan di siney kah badan-badan kebajikan Islam especially BAITULMAL??

dan yang molah ku berasap tek ialah.. dalam newspaper yang sama.. ada bercerita pasal new landmark for kuching di prime area batu lintang yang bakal menempatkan bangunan tertinggi di kuching, 27-storey apartment, 18-storey condo, office tower block, hotel tower, shopping mall blabla termasuk water theme park.. dan apa yang 'wrong picture' dalam development tok ialah:

the tower is part of sarawak's biggest mixed-dev. project jointly undertaken by naim holdings bhd with lembaga amanah kebajikan masjid negeri sarawak (15% share) and Tabung BAITULMAL Sarawak (15% share)..”

baitulmal yang sepatutnya menguruskan hal-hal KEBAJIKAN umat islam duhal gago melabor duit yang sepatutnya dibahagi-bahagikan kepada mereka yang lebih berhak, sampei urang kedak sidak kak ros tok terpaksa mutit perut manok dan mengemis daripada badan agama lain untuk hidup..

daripada artikel-artikel yang ku search dalam internet, kutipan baitulmal sarawak tahun 2009 adalah melebihi 40 juta.. baitulmal memperuntukkan anggaran 25 juta untuk tujuan kebajikan untuk tahun 2010 (lagik ada banyak bakinya).. dan kutipan tahun 2010 adalah sebanyak 59 juta.. tapi mun dibanding dengan populasi umat Islam di sarawak yang hanya 30% daripada 2.5 juta keseluruhan populasi sarawak? (baruk jak 750 ribu umat islam).. tolak golongan bukan penerima zakat gik?.. you do the maths..

..sepatutnya sik timbol masalah umat Islam miskin tegar di sarawak tok!!

setauk pengetahuan ilmu ku yang cetek tok.. duit zakat adalah HAK 8 asnaf termasuk golongan fakir dan miskin.. (of coz baitulmal sendiri sebagai amil ada bahagiannya).. so sepatutnya duit juta juta tadik adalah lebih berhak sampei ke tangan urang fakir seperti kak ros tok, lebih utama daripada dilaburkan..

duit zakat bukan pakei rolling.. duit zakat pakei bahagi kepada yang berhak!! sepatutnya baitulmal lah yang terlebih dolok ambik inisiatif van bergerak merik makan fakir miskin.. bukan nya terlebeh gago jadi ahli korporat melabor duit.. *mun dah gago gilak mok melabor, bagus ko join aku di public mutual jak.. tapi bukan duit kutipan zakat lah.. **yahh sempatttttt iklan ;0

bukankah salah satu daripada tugas-tugas utama baitulmal adalah mengagihkan dan memudahkan pengagihan zakat dan bantuan kepada umat Islam yng berhak??

….....................

so lain kali mun ada isu-isu murtad.. jangan terus salahkan pihak lain.. tapi tanggar pihak dikmpun dolok..

sebab ya kita diajar doa selepas sembahyang “ Ya Allah.. aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.. dan Rasullulah SAW pun ada bersabda "Kefakiran itu akan mendekatkan kepada kekufuran"

di antara pesanan Nabi SAW "apabila amanah itu dipersiakan, maka tunggulah saat kehancuran.. sahabat bertanya: bagaimana?. Nabi SAW menjawab: apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.."

Nabi SAW juga berpesan" di antara 15 perkara yang boleh mengundang bala dari Allah SWT: apabila amanah dijadikan sumber keuntungan dan apabila kekayaan berlegar di kalangan kelompok tertentu sahaja.."

semoga benda yang dikongsi tok dapat membuka mata kita bersama.. sebagai umat Islam, apa sumbangan kita terhadap Islam.. baitulmal sah-sah bertanggungjawab.. tapi tanggungjawab ya bukan diletakkan di bahu baitulmal semata-mata.. kita pun sama-sama bertanggungjawab..

tiada niatku untuk memburuk-burukkan agama lain mahupun baitulmal.. peace no war.. (^_^)v

wallahualam..