Thursday, February 3, 2011

Ngerepak kedei kopi..

hows life mate? :D

lamak pak dukun sik ngabas sitok.. ney ndak nya ku bizi.. malam senin selasa tusyen rabu petang ngan malam tusyen khamis tution agik jemat bok ilek sabtu minggu stret tusyen dari pagi ke petang sambong malam selebihnya masa siang bejalan ngan public mutual ku.. tok ada request 2 slot tusyen gik.. alhamdullillah gago ya retinya ada juak rejeki.. sik pernah ku segago dan serajin tok tapi sik hal, lebih kepuasan ku dapat dari ku kerja makan gaji dolok..

nampak gayanya pak dukun dah tukar pangkat nektok.. jadi chegu dukun ehehe.. boh nok berolah takrang ku rotan lak!! ;p

so paham-paham lah kenapa blog saya sunyek..

tapi ada sigek benda aritok alu molah 'heng' ngerepak ku datang..

.................................

mun kitak urang maca newpaper Star bertarikh 2/2/2011.. dalam ruangan star metro sarawak ada cerita tentang society for the kuching urban poor (SKUP).. sidak skup tok adalah badan amal bukan kerajaan (badan amal gereja) yang nulong urang miskin bandar sik kira bangsa agama dengan menyediakan makanan pree sehari sekali melalui van bergeraknya di 6 lokasi di sekitar kuching..

article yang sama turut menceritakan tentang kak roslyn dan keluarganya yang idup susah anak setengah dozen laki kerja sik tentu jadi kuli keng jak yang kesusahan keluarga tok sampei tahap mutit sisa sayor dan perut manok di wet market pakei polah lauk untuk santapan sidak anak beranak.. kak roslyn tok pernah mintak batuan daripada jabatan kebajikan masyarakat tapi kenak reject.. so urang kedak sidak kak ros tok lah yang menerima bantuan sidak skup tok tek..

mun diamati kisah tok.. kak ros tok beragama Islam.. dan badan kebajikan ya adalah badan amal kristian.. (dan mungkin bukan kak ros sorang jak, mungkin rami gik urang berugama Islam yang mendapatkan bantuan daripada pihak badan amal gereja tok).. di sitok aku sik mok mempersoalkan tentang halal haram makanan yang disediakan ya, any hidden agenda watsoever benda-benda sensitif berkaitan inter-religion.. (dah sidak gereja melakukan satu amalan yang bagus dan kak ros tek nang terdesak so benda ya dipahami).. tapi di sitok aku ingin mempersoalkan di siney kah badan-badan kebajikan Islam especially BAITULMAL??

dan yang molah ku berasap tek ialah.. dalam newspaper yang sama.. ada bercerita pasal new landmark for kuching di prime area batu lintang yang bakal menempatkan bangunan tertinggi di kuching, 27-storey apartment, 18-storey condo, office tower block, hotel tower, shopping mall blabla termasuk water theme park.. dan apa yang 'wrong picture' dalam development tok ialah:

the tower is part of sarawak's biggest mixed-dev. project jointly undertaken by naim holdings bhd with lembaga amanah kebajikan masjid negeri sarawak (15% share) and Tabung BAITULMAL Sarawak (15% share)..”

baitulmal yang sepatutnya menguruskan hal-hal KEBAJIKAN umat islam duhal gago melabor duit yang sepatutnya dibahagi-bahagikan kepada mereka yang lebih berhak, sampei urang kedak sidak kak ros tok terpaksa mutit perut manok dan mengemis daripada badan agama lain untuk hidup..

daripada artikel-artikel yang ku search dalam internet, kutipan baitulmal sarawak tahun 2009 adalah melebihi 40 juta.. baitulmal memperuntukkan anggaran 25 juta untuk tujuan kebajikan untuk tahun 2010 (lagik ada banyak bakinya).. dan kutipan tahun 2010 adalah sebanyak 59 juta.. tapi mun dibanding dengan populasi umat Islam di sarawak yang hanya 30% daripada 2.5 juta keseluruhan populasi sarawak? (baruk jak 750 ribu umat islam).. tolak golongan bukan penerima zakat gik?.. you do the maths..

..sepatutnya sik timbol masalah umat Islam miskin tegar di sarawak tok!!

setauk pengetahuan ilmu ku yang cetek tok.. duit zakat adalah HAK 8 asnaf termasuk golongan fakir dan miskin.. (of coz baitulmal sendiri sebagai amil ada bahagiannya).. so sepatutnya duit juta juta tadik adalah lebih berhak sampei ke tangan urang fakir seperti kak ros tok, lebih utama daripada dilaburkan..

duit zakat bukan pakei rolling.. duit zakat pakei bahagi kepada yang berhak!! sepatutnya baitulmal lah yang terlebih dolok ambik inisiatif van bergerak merik makan fakir miskin.. bukan nya terlebeh gago jadi ahli korporat melabor duit.. *mun dah gago gilak mok melabor, bagus ko join aku di public mutual jak.. tapi bukan duit kutipan zakat lah.. **yahh sempatttttt iklan ;0

bukankah salah satu daripada tugas-tugas utama baitulmal adalah mengagihkan dan memudahkan pengagihan zakat dan bantuan kepada umat Islam yng berhak??

….....................

so lain kali mun ada isu-isu murtad.. jangan terus salahkan pihak lain.. tapi tanggar pihak dikmpun dolok..

sebab ya kita diajar doa selepas sembahyang “ Ya Allah.. aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.. dan Rasullulah SAW pun ada bersabda "Kefakiran itu akan mendekatkan kepada kekufuran"

di antara pesanan Nabi SAW "apabila amanah itu dipersiakan, maka tunggulah saat kehancuran.. sahabat bertanya: bagaimana?. Nabi SAW menjawab: apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.."

Nabi SAW juga berpesan" di antara 15 perkara yang boleh mengundang bala dari Allah SWT: apabila amanah dijadikan sumber keuntungan dan apabila kekayaan berlegar di kalangan kelompok tertentu sahaja.."

semoga benda yang dikongsi tok dapat membuka mata kita bersama.. sebagai umat Islam, apa sumbangan kita terhadap Islam.. baitulmal sah-sah bertanggungjawab.. tapi tanggungjawab ya bukan diletakkan di bahu baitulmal semata-mata.. kita pun sama-sama bertanggungjawab..

tiada niatku untuk memburuk-burukkan agama lain mahupun baitulmal.. peace no war.. (^_^)v

wallahualam..

37 comments:

oon said...

yahh terselak gaon putera lindungan kaabah nakkkkk.

nang nak benar juak padah ko ki. sentap juak ku tek baitul mal molah bangunan hevat2 camya. oo buah ati kak roslyn lok, jaik ati ku nengar. arap kitak tabah kak ah...

AmirFX said...

Tok bok cerita kedei kopi yang asli.. Nang patut juak Taib ya digulingkan awal.. Sik nya nangga rakyat idup melarat kedak ya.... Semoga kak roslyn tabah dengan dugaanNYA...

dah pekerja ku tek nama ros juak koh aihh said...

aok udik kelak bila keluar tibi cerita urang makan siput babi alu nak mohar. manas sik tentu pasal. madah sik ada urang serawak semiskin ya.

entri tok patut di forward dengan sidak baitulmal.

uSu iJamm said...

Asa nanggar upin n ipin jak nanggar nama kak ros. Asa macam ku penah nanggar jak sidak kak ros ya di satok dolok.

Faizal n Fashitah said...

Yahhh bok tauk ku crita tok duhal Ishkkk mesti mok dihebah2 lam internet gik tok... sak mata dak Baitulmal terjelar baca..

RaMa-RaMa Fareeza said...

cdak baitulmal haruss maca entry tok....kadang2 nak time2 belajar dolok...ada student yang mak bapaknya duak2 kereja (*x layak) gik dapat bantuan biasiswa...ish ish mcm ne ya.....and depan lubang telinga kmk dengar itu student madah nya nak shoping dengan duit ya....hadoiyai kat luar nun rami org yg membutukan bantuan tersebut....

dukunlintahplk said...

makseh ngomen n molah link dlm blog takrang.. pastok mok ngantar paper cutting ya rah baitulmal.

tooedgejar said...

tok nyuruh ku datang moha!!!siney tuju sidak alim ulamak baitulmal ya??? ke lain pulang tuju duit ya!!mintak duit pakey potongan zakat bukan main gik...tapi mun nak merik bantuan bukan main gik banyak birokrasi...nang patut orang kita tok maseh banyak susah melarat...duit abis k melabur projek sik tentu pasal...PLEASE WAKE-UP wahai pemegang AMANAH Allah!!

zara said...

Bravo! Tok la salah satu isu yg nyuruh kmk moha dgn sidak Baitulmal dan sidak Lembaga & Persatuan Melayu (di tmpt kmk..u know where). Baitumal udah kmk sound direct bila daknya awal2 gik 'sarcastic' bila adik kmk mohon bantuan kewangan yg jelas mmg diberik dgn student FOC bila daknya masuk uni/kolej..but was turn down before application d submit dgn alasan2 yg sgt sik munasabah. Sori..they messed with d wrong person. As for Lembaga & Persatuan..mejal nyuruh kmk join utk pelapis & mintak advise. Tp syarat kmk: tukar org atas yg dah tua kerepot & terimak advise yg sepatutnya esp yg melibatkan amanah. So now, tunggu atas ya gol dolok, bok dpt tukar. Pelapis sik akan ada selagi sik dpt nerimak advise org mudak. Org2 atas hanya mok kaut untung and setel utang2 daknya jak.

Pernah kmk bersoal dgn daknya: yg ni lebih bagus, samada zakat harta/gaji/pendapatan dan biarkan yg bertanggungjawab (Baitulmal) mengagihkan zakat tersebut ATAU no zakat tapi mengagihkan/memberi kadar zakat ya dgn org fakir secara terus tanpa melalui Baitulmal ATAU berik zakat dgn Baitulmal dan aware ketidakadilan pengagihan berlaku tapi diam jak atas alasan kita dah berik amanah dgn sidaknya jadi biar sidak Baitulmal yg tanggung. Jawapan daknya : *diam jak lalu madah 'Next!'*

Ya bok mukadimah..lain kali crita gik. Hehe

CAHAYA said...

Kak ros tu ada pilihan. Memang badan amal yg kristian tu pegi cari dia. Tapi Kak ros pun kena tahu la jugak mana nak minta pertolongan. Bukan semua orang tahu orang tu susah, plus, tak semua orang susah yg nak mintak tolong. Malu agaknya.

Harap2 kak ros gi lah kat kebajikan ke atau baitulmal. duit/ benda yang kita makan itu akan jadi darah daging. Memang la tolong x kenal erti warna kulit n agama, tapi... ada batasnya.

p/s: amboi.. tuition pak dukun sana sini. publik mutual lagik. Masyuk!

Globalized Dayung said...

AYAT BESAR sitok POLITIK!!!

wa khairul onggon said...

Pjg berjela jak ngerepak nya tuk kekekeke.. Palak ku maca kedak type writer jak... :P

daddyaryan said...

nang ku tunggu issue baitulmal tok.. before ya.. salam tuan tanah.. kmk org baru mok komen.. hahaha.. lamak dah follow ur blog.. nang mabeles..

aku sik paham apa fungsi baitulmal kat sarawak tok.. macam sikda fungsi jak.. aku rasa dah tiap2 bulan dari ku keja lamak marek duit dipotong ke baitulmal.. bukan nya minimum di potong, siap aku upgrade gik time sidak merik ceramah time aku kursus nikah dolok.. sbb rasa ati tek cayak and konpiden duit ya akan disalurkan kepada adik beradik sedara mara se ISLAM..

nak nangga baitulmal molah keja kedak sidak nak merik makan free ya sikda juak.. duit rasa ku dah juta2.. tapi apa pun sikda.. kenak ka berkira nak nolong sama ISLAM? mok isik pom juak ka? bukan nya duit sidak pun mok tahan2.. orang mintak tolong, bukan nya main2.. adoheh.. mampah asa ku..

bukan apa, aku ngan bapak aku ada bad experience ngan sidak tok.. kmkorg ada proposal yang agak reasobable then di tolak mantak2.. maka proposal ya utk centre org ISLAM kat sarawak tok.. datang sidak merejek.. sik maok.. tup tup.. pandey makey proposal ya k mukak tempat lain.. sama juak mcm kes landmark baru ya..

tok namanya ISLAM di manipulasi.. di putar belit.. membetolkan apa yang salah.. aku pun heran.. sidak belaja tinggi, kenak nilai2 moral ya macam sik pandey mikir.. kin tua kin bodo..

Anonymous said...

SALAMULLAHI 'ALAIKUM...

sahabat pembaca, jangan terus melatah dengan khabar yang tidak diketahui puncanya... firman Allah dlm surah An-Nisa' (4) yang bermaksud... "Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)..."

Islam sendiri menganjurkan kepada kita untuk meneliti sesuatu perkara itu sebelum menghebahkannya, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah jika khabar itu tidak benar (tidak berasas dan tidak berfakta), dan seterusnya menimbulkan persengketaan di kemudian hari... adalah lebih molek jika perkara tersebut diamati sedalam-dalamnya sebelum mencanang kepada org lain, kerana khabar yang tidak benar hanya mendatangkan dosa kepada kita... saya rasa adalah lebih molek kita bertanya kepada pihak yang sepatutnya itu dahulu tanpa menghamburkan tuduhan melulu, takut kita tersalah fakta dan kata yang boleh menimbulkan dosa... kan lebih elok kalau kiranya kita sama² bergandingan, bekerjasama dan sama² dapat membela ummah, bukan dengan provokasi yang tidak berasas... provokasi yang tidak berasas bukan cara Islam... Islam menganjurkan kesejahteraan... Kelak kiranya kita bersengketa, itu hanya melemahkan kita, dan membuka ruang kelemahan pada 'anasir luar' untuk mengambil kesempatan terhadap agama kita... banyak lagi saluran lain yang boleh kita gunakan untuk sama² memperbaiki kelemahan kiranya kelemahan itu benar wujud...
wallahualam bissawab...

R²D² said...

salamullahi'alaikum...
seperkara lagi, perkara ini seharusnya bukan terletak dalam tanggungjawab hanya satu pihak, tetapi menjadi tanggungjawab kita bersama... seharusnya bukan hanya menuding pada satu pihak, tapi digalas bersama... tahukah saudara² pembaca sekalian bahawa syaitan & "musuh²" kita bertepuk kegirangan melihat kita bersengketa sesama kita....
wallahualam bissawab...

Anonymous said...

Salam....

Itulah manusia..apabila sik dpt apa yg dihajati mulalah nak salahkan org sik merik bantuanlah,menyelewenglah dan macam2 agik kutukan.Tuklah umat akhir zaman.Benar kata Rasullah, umat Islam rami di dunia tuk tapi sidaknya macam buih2 di lautan sik bersatu padu.Nganok org nang hebat,kutuk org nang hebat.Apabila ada agensi Islam(Baitumal) nak membangun sikit mulalah madah menyeleweng Islamlah,seleweng duitlah dan mcm2 agik.Bila Umat Islam nak maju mun asyik jumut fikiran dan syak wasangka sik tentu pasal.Orang miskin salahkan baitulmal,org susah salahkan baitulmal,sik dpt bantuan salahkan baitulmal,semua salahkan baitulmal.Dunia sekarang dah berubah dan trend manusia sekarang pun dah berubah dan agensi Islam macm baitulmal saya rasa telah menuju ke arah satu pembangunan yg pesat utk umat Islam pada masa hadapan.Duit dipotong rm4 dalam gajipun jadi isu.Tapi mun beli rokok sekotak rm 9 ringgit siknya gago.Saham akhirat dipertikai tetapi saham utk penyakit(isap rokok)siknya gago.Kita perlu berusaha mun nak berjaya.Janganlah asyik nak jadi manusia subsidi yg hanya tahu meminta tanpa memberi.Allah sik akan mengubah nasib kita mun kita sendiri sik berusaha mengubahnya.Org kampung saya dapat bantuan enjin jahit dari baitulmal...beberapa tahun pas ya nya jadi tkang jahit dan mampu membina sebuah rumah hasil upah jahitan dan mampu antar anaknya ke universiti.Peribahasa cina ada madah,jangan beri ikan pada anakmu tetapi berilah dia pancing agarnya boleh berusaha menangkap ikan sendiri.Sama2lah kita renungkan

ahmad endo said...

aku dolok keja tbs....aku nak tanyak ngan daknya tek tapi banyak lak isi form....kelaklah ada masa ku wakil tanya k...hehehe

stefan040410 said...

stuju ngn entries drpd 'anonymous'. sgt stju!

daddyaryan said...

Anonymous,
Wsalam..

Bena kata dirikm nang umat aher zaman,, tapi bila semua dah nak sik betl boleh jadi betol, nang heran laaa..
Kau senang madah gia, tapi ko pernah merasa? ko pernah compare?
Point di sitok, Baitulmal sarawak macam sik nampak jak apa yg dipolah.. Mun nak di banding ngan dak malaya nun, nampak agik sidak berpolah apa nak patut utk komuniti ISLAM..

coba ko huraikan pasal landmark baru ya? ney datang duit? bukan duit dari org ISLAM kita tok ka?

jgn pandey kelaka ajak,, u walk the talk.. u have the brain to think, sikkan la kenak makan ajak.. duit yg ko berik k bantu org susah, tapi sampey sik? ko madah berik org pancing k nya oleh ikan, dlm kes kakak ya tek? ada org merik? untong la org kampung kau dapat bantuan.. tapi dak lain? ada oleh?

fight for ur right..

that's why la perlu ada NGO ISLAM kedirik.. insyAllah, mun rezeki aku bertambah akan ku polah kedirik utk org ISLAM sarawak tok.. susah gilak mun ada politik2 dlm hal2 kedak tok..

Anonymous said...

Salam,
Aku klakar bkn sik berfakta tapi dgn bukti2yg sahih.Walaupun aku bkn pekerja baitulmal tp aku adlaah org Islam yg ingin nak maju ke depan dan nak nanggar umat islam maju dn mempunyai hartanah serta aset yg banyak di tanah air sendiri untuk anak cucu cicit u kelak pok,dn anak cucu cicit org lain juak.Macam u juak mun ada duit sik kan u nak belanja semua mesti u nak simpan juak,ada juak bonus dan dividen,beli keta,beli rumah dan mun dpt kei bini 4 indah bah.Mcm ya juak baitulmal,duit yg ada perlu dilabur agar siknya terus abis gia jak.Mun dah ada duit tp abis gia jak,nakpa dipakei oleh org lain agik.Fikir ke depan pok,bukannya jumut.Mun majoriti org muji baitulmal kenak u ketinggalan zaman kah pok,kesian nanggar u.Syabas sbb u ada niat nak nulong org Islam mun dah kaya kelak.Aku nunggu saat ya nama u diumum dlm semua media massa bahwa u dah nulong semua org Islam di sarawak tuk.Contohilah Syed Al Bukhari yg sentiasa nulong org Islam di Malaysia tuk.Maju ke depan pok,jgn jumutkan fikiran nak carik kelemahan org jak jak.Fisibillah...berjuang ke jalan Allah

daddyaryan said...

Wsalam,

Aku sikda nya jumut, aku just sik puas ati nangga duit kita yg sepatutnya disalurkan ngan org kurang bernasib bait dipakey rolling.. mun rolling k molah centre k orang miskin sik juak hal, tapi rolling k molah landmark, coba ko padah ngan aku apa guna landmark ya? k dapat tanah k anak cucuk sapa? u tell me, ada nama dak org miskin dlm ya? mun bena landmark ya k sidak org miskin sik hal, x ku medo..

sigek gik, duit zakat boleh k rolling ka? coba ko padah aku, sapa madah boleh rolling duit zakat, ya adalah duit amanah.. duit k berik and bantu orang miskin..

Ko pun pandey cop org jumut, pikir ke depan, aku pikir ke depan la aku concern.. sikda nya aku diam ajak mun benda nak sik patut berlaku.. Bukan niat carik kesalahan, tapi nang dah salah.. mun benar dipolah sidak, sik da aku ngerepak.. Bukan nya nak ngamin ajak.. ko kali la ngamin, sbb kau bukan org susah kali nak?

Ko nunggu saat nama aku di umum oleh dak berita aku nolong umat islam sarawak, ko ingat aku gago nak madah semua org? pahal ko sampey berpikir aku gago nak madah ngan org pasal aku derma? demm,, aku bukan gia, bukan nya gila glam.. mun aku nolong, diam2 jak la, ada perlu nak madah semua org benda2 gia? Pikir la, mun nak molah bait, sik perlu glamer..

Sama2 maju ke depan, jangan pandey nak carik kelemahan org, mana nak sik betol, betolkan, jgn di amin kan ajak..

Fisabilillah, berjuang ke jalan Allah, mana nak sik betol, tentang habis habisan..

Perjuangkan sistem Khalifah, kinek tok agik di pegang sistem kapitalis.. yg molah org kaya makin kaya,,

Allah merik akal fikiran k berfikir, k menilai, minak gine cara org ya mikir jak, sampey sine nya mikir, u think differently, i think differently..

dukunlintahplk said...

salam..

agik hangat padu.. udah udah.. selamat ari raya maap zaher batin jak.. mukak botol aek lemenet kita juh :D

R²D² said...

Salamullahi'alaikum...
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)...”(An-Nur, ayat 11).

R²D² said...

Salamullahi'alaikum...
Subhanallah, bila baca semula apa yang di post & yg telah dikomen, terpaku sebentar apabila mengingati kebenaran yang telah Allah nyatakan dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat 58, yang bermaksud:
"Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil) dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta-merta mereka marah..."

Adakah segelintir dari kita disini dari golongan yang mencela spt dlm surah di atas? Subhanallah...

Cuba kita imbau semula lipatan sejarah... Kematian Saidina Uthman yg penuh tragis adalah kerana segelintir golongan yg kurang berpuas hati dgn tindakan baginda... Uthman membuat penyeragaman (penjilidan) al-quran dan membakar al-quran² yg lain, kerana mahu semua org hnya membaca al-quran yg sama... org ketika itu tidak faham tindakan beliau malahan sehingga sanggup membunuh baginda, namun hasil dari usaha baginda sehingga hari ini dinikmati dimana kita dapat membaca al-quran rasm uthmani dgn huruf dan baris² yg mudah utk difahami dan dibaca...

begitu juga kisahnya dgn khalifah umar di mana baginda merupakan org yg bertanggungjawab dlm "memodenkan" baitulmal... baginda dikecam oleh segelintir puak kerana mengenakan zakat pendapatan (yg belum cukup haul) ke atas tentera dan beberapa individu... namun kesan dari tindakan beliau adalah selepas beberapa ketika (tahun) dimana baginda sendiri memikul gandum seluruh pelusuk bandar untuk diserah kepada yg layak menerima, namun tiada siapa kerana kemakmuran yg terhasil oleh tindakan berakal baginda sebelumnya...

beginilah, cuba fikirkan sahaja kesan positif kelak dari setiap yg berlaku tsb, kerana benda tersebut di izinkan Allah untuk berlaku... kerana Allah lebih mengetahui setiap apa yg berlaku... dan janganlah kita menjadi golongan yg mencela tersebut...

Anonymous said...

1.Rasulullah bersabda: Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat (Hadis riwayat Muslim).

2. Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

3.Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).

4."Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa". – (Hadis riwayat Muslim)..

INDAHNYA AJARAN ISLAM
KITA YG MENGAKU ISLAM BAGAIMANA YA?
MUHASABAHLAH DIRI...
WASSALAM

c3po said...

wahai bloggers, jgn lah kita membawa berita yang tidak benar jika kita tidak tahu ujung pangkalnya. ada di kalangan kita yang tidak tahu menahu pun sama juga menyebarkan apa yg telah kamu sampaikan tanpa usul periksa. jgn disebabkan perbuatan kita, org lain turut sama membawa perkara yang tidak benar dan kita juga mendapat dosanya secara berterusan. kamu tidak melihatkah kesan penyebaran bahan dalam blog yang menyebabkan banyak orang lain juga telah menyeluk hak.

zz said...

hangat isu tok duhal. bagus lah. pangkah jak mana patut di pangkah kelak. asal ada jak org nak cuba bukak isu2 camtok..ada juak lah org nak mengaburkan mata dgn hal-hal yg seolah-olah menghalalkan apa yang terang dan jelas menguntungkan yang kaya dan memiskinkan yang miskin.

I dont get the point that it is beneficial to the younger generations as said by Anonymous based on the current situation. I'm sorry, but as much as you defending your point of view, I am defending my point of view based on personal experience.

Bukan masalah jumut pemikiran, bukan masalah "sebab sik dpt bantuan maka baitulmal disalahkan" tapi apabila hak dinafikan, apa yg boleh dipolah kita sbg umat Islam? Diam nangga jak?

Setiap umat ada jihadnya yang berpandukan agama Islam. Pergi menuntut ilmu pun fisabilillah. Again, apa hak org yg menuntut ilmu? Bila sik dapat hak yang sepatutnya, what will the future generations hold then? Diam nangga jak la? We try to change but if our rights being denied, what else can we do? When we speak up, our rights was again being denied and being ridiculed to a stage as if we are begging for sympathy. If this happen to your grandchild in the future, what will you do? I bet you will not say a word. You can't for obvious reasons.

Sorry Anonymous, but I don't buy your story. I stick to mine based on facts and figures. Too bad.

Anonymous said...

.....Bukan masalah jumut pemikiran, bukan masalah "sebab sik dpt bantuan maka baitulmal disalahkan" tapi apabila hak dinafikan, apa yg boleh dipolah kita sbg umat Islam? Diam nangga jak?

Sdrku,
Apa hak you yg nafikan sidak baitulmal ya? Setau kamek hak kita sebg muslim tunaikan zakat:perintah Allah SWT.

Adapun urusan pengagihan zakat, itu urusan amil(baitulmal).

Hak kita diam ajak,mun dah bayar zakat....mun diungkit2 abis pahala kita pok.

Anonymous said...

hak kita diam ajak????? hak kita sesama islam tegur menegur demi kebaikan. memang adat tegur menegur akan ada yg terasa hati. jd tpulanglah samada mok pakei teguran ya atau tidak. mana yg dapat dijadikan pengajaran/ iktibar, pakeikanlah.

buka untuk memihak kepada pakdukun 100% tetapi bagus juak sbb menjadikan isu tok sebagai pembuka mata dan perdebatan minda.

c3po said...

kepada sesiapa yang diatas... apa susah mun nak tauk betul ka tanggapan ktk org ya pergi lah jumpa cdak ya. tyk kan dengan cdak. jgn klala hal yg ktk org x nampak ujung pangkal nya.

daddyaryan said...

anonymous, c3po.. pakaba tek? lamak sik masok tok..

apa kata ktk ya nang mena la anonymous.. sikda nya salah.. aok ajak la aku..

encek c3po, ko tok nyampok jak keja, ko ada g betanyak? udah bertanyak la jadi kedak tok..

susah nak ngelaka ngan org alim mcm anonymous or org ngereco kedak c3po.. benda nampak depan mata pun susah nak nampak.. benda semudah 1234 pun susah nak paham.. basic simple and direct.. jangan di pusin2 cerita.. sikda aku sik berjuang ke jalan ALLAH.. aku cuba nak nunjok apa yg terjadi.. dah org miskin sikkan la di biar gia.. sikda sidak mintak jadi miskin.. heran aku.. tolong la sidak.. sikkan la di biar.. ney tek nak nolong sesama islam? salah sidak ka miskin? ermmm.. basic things.. mun kau nangga org miskin, ko tandah ajak ka? berik la apa yg patut.. berik peluang.. simple thinking la.. adeh2.. sik ku paham eh.. tinggi gilak belajar kali, sampey benda depan mata sik nampak...

gine2 pun.. mintak maap la.. mun ko rasa aku jumut, haok jak la aku.. mana kata ktk la sia.. mun ko madah aku umat aher zaman, nya lah ya.. sukati la kau.. sik ku medo juak..

aminkan ajak semua ya..

c3po said...

enchek daddyaryan
aihhh terasa??? sapa mkn cili nya lah terasa... aku tok dlok kdak ktk org lah. suka nganok jak keja. once aku dah bertanyak ya bok aku paham. jgn la ckp jak dah bertanyak ngn cdak tp pergi jumpa cdak d opis pun sik??? mun lah ktk org da nanga org miskin pergilah salur maklumat ya dgn cdak. bok la ktk org pun menolong ke jalan ALLAh s.w.t. bkn nya nak kritik jak kerja org lain...komunikasi ya penting... mun da x puas ati jumpa cdak berjelas bena2 bah.. bkn nya nyalur x puas ati dlm blog mcm tok jak.. pa kata kita jd penyalur maklumat org miskin dengan cdak.. asal da org miskin kta bg tauk cdak.. ada juak usaha kta d sia.. xda nak putar belit bah.. jgn dgr sebelah pihak jak, dgr dr kedua2 belah pihak dan dari segenap sudut...

Anonymous said...

Salam. Terima kasih atas semua pandangan, komen, kutukan dan apa2 jenis anokan yang membina dari mana2 pihak la.. perkara tok akn kmk bawa ke pihak atasan baitulmal. jadi jgn risau,. sora2 ktkorg suma akn didengar,.p, mntk maaf awal la,. bantuan baitulmal mmg ada diberik dgn org yg layak, cuma xdpadah ngan public atas alasan takut org madah politik. *mulut org ssh nak tutup. p, skali gik,. bnda tok akn kmk forward. jgn risau.sekian~

Anonymous said...

Sepatutnya kta sesama islam sling tlg mnolong,. kalau ada org susah tlg khabar ngan pihak baitulmal,. jgn main cakap tp xda fact, xda bukti. susah camya. kbnyakan yg dtg mdh mati laki, ibu tunggal, tua tapi anak byk. apa guna anak ada xnyara mak bpk?. ibu tunggal ngan janda termasuk dalam asnaf ka? mmg ada bantuan dberik pda ibu tunggal n janda, tapi!! pihak baitulmal diat dari segi mkn minum kluarga nya.

Anonymous said...

daddyryan .. sah ko tok xda nanyak cdak baitulmal.. nuduh babi tuli tok payah.. ko ada gi melapor org miskin ngan cdak. ko penah ngekot cdak gi nganta duit?. ya ko xtauk. jgn ingat cdak baitulmal mkn duit org islam jk. mun bena pun mcm ya.. kta sesama islam xsalah nego cdak. polah komplen,. kalu xdidengar pun, usaha kta dicia nampak ba. lagipun.dosa pun terlepas mn kta dah bayar zakat. zakat rukun islam ke 3. bkn nya sunat.

Yumida said...

rajinnya...cegu dukun molah tusyen...

pnh terbaca kisah cmya lam harian metro....ada juak hooooo...tp ada juak hujah yg disokong sebaliknya..x tauk nk ne betol..wallahualam..

nation303.com nation303.com said...

OM TELOLET OM

Halo Bookies Mania

Dan Ada Kuis Tebak Score Berhadiah FREEBET juga di Fanpage kami Nation303 setiap Hari Jumat Loh..
Ayo Gabung

Nation303 - Your Trusted Betting Partner

BONUS NATION303

BONUS SPECIAL TERTINGGI
NEW MEMBER EXTRA DEPOSIT 15%

Cashback 5% Tanpa Batas
Komisi 1% (Setiap Hari Senin & Kamis)
Poker rebate 0,5%

TOGEL
Disc 2D 30,3%
Disc 3D 59%
Disc 4D 66%

TANGKAS
Bonus 5% extra credit setiap deposit

BONUS REFFERALL 15% + BONUS FREEBET 50.000

Contact us
Bbm: 56CE3B54
Wa: +639777685826
Line: Nation303
Skype: Nation303
Ym: Nation303_cs1@yahoo.com


MENANG BERAPAPUN KAMI BAYAR

Link Alternatif:
http://www.ntn303.com/
http://www.nts303.com/
http://303nations.com/

Nation303 - Your Trusted Betting Partner - Rekan Judi Terpercaya

#Betting #Sports #World_Cup #Euro #Bola #Casino #Kasino #Poker #Togel #Tangkas
#Taruhan #Aman #Terpercaya #Pasti_Bayar


https://www.facebook.com/nation303

MENANG BERAPAPUN PASTI BAYAR

AGEN JUDI AMAN DAN TERPERCAYA

TOGEL CASINO BOLA BACCARAT SPORTSBOOK

##