Saturday, April 11, 2009

The final chapter..

“kamu berdua didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.. dan akan dijatuhkan hukuman mati mandatori”.. gema suara hakim menggemuruhkan dada setiap orang yang hadir mengikuti perbicaraan terakhir itu..

....

....

keadaan di dalam bilik perbicaraan itu menjadi sunyi sepi seketika.. kemudian terdengar tangisan terisak-isak seorang wanita dari kalangan yang hadir..

keputusan perbicaraan kes bunuh berprofil tinggi telahpun diputuskan.. hukuman telahpun ditetapkan.. namun Shahrul dan Ajibah kelihatan begitu tenang.. kerana mengetahui mereka sebenarnya akan ‘diselamatkan’ dari maut yang menunggu ..

ketaatan mereka kepada ‘orang atas’ tidak akan disia-siakan..mengikut percaturan ‘orang atas’, hukuman mati Shahrul dan Ajibah hanyalah lakonan semata-mata.. walhal mereka sebenarnya akan dibebaskan dan diberikan identiti baru beserta imbuhan yang besar untuk memulakan kehidupan baru di luar negara..

malahan mereka bedua telah diberitahu bahawa dua orang ‘pengganti’ telahpun menunggu untuk menggantikan jenazah mereka.. dua orang warga asing yang ditangkap kerana kesalahan memasuki negara tanpa izin..


The final final chapter..

tiba hari penghukuman.. dengan tangan terpasung, Shahrul dan Ajibah di bawa ke 'stesen bas terakhir'.. iaitu nama jolokan yang diberikan oleh penghuni-penghuni penjara kepada bilik yang menjadi tempat hukuman maut dijalankan.. walaupun dengan hati yang berdebar-debar, namum di raut wajah kedua-duanya seolah-olah terukir senyuman kebebasan..

suasana di dalam bilit itu sunyi sepi.. hanya terdengar keriut-keriut lantai papan di tempat penggantungan yang dipijak sang algojo yang sedang memeriksa tali gantung.. dengan cahaya yang suram dan keadaan udara yang agak sejuk dan lembap, keadaan di dalam bilik itu sungguh menggerunkan..

setelah menanti beberapa ketika, kelibat dua orang ‘pengganti’ warga asing itu belum juga kelihatan..

kemudian Ajibah pun dibawa menaiki tangga ke tempat penggantungan sambil diperhatikan oleh Shahrul.. penutup muka disarungkan di kepala Ajibah.. diikuti tali gantung yang disarungkan di leher.. segalanya berlaku dengan pantas..

bulu-bulu kasar pada tali gantung terasa tajam menusuk kulit leher Ajibah.. bulu-bulu kasar yang menandakan tali gantung itu telah banyak meragut nyawa-nyawa insan berdosa.. kemudian terdengar satu suara yang menyuruhnya supaya mengucap.. Ajibah mulai rasa sangsi.. namun nalurinya yang telah lama terdidik sebagai anggota pasukan elit meyakini bahawa semua itu perlu dilakukan demi memastikan babak itu dilakonkankan dengan berkesan tanpa sebarang kecacatan..


The final final final chapter..

“zrappp” .. bunyi tali gantung menegang kerana menampung suatu bebanan yang berat serentak dengan bunyi “klik” seperti sendi yang lenguh diluruskan..

sekujur tubuh Ajibah bergantung tak benyawa.. Shahrul yang berada di bawah terkejut dengan keadaan yang tidak tersangka di fikirannya..


The final final final final chapter..

Telefon di presidential suite berdering..

“Tuan, segala arahan telah dilaksanakan seperti yang disuruh..”

“bagus..uruskan jenazah mereka berdua selayaknya.. mereka merupakan liabiliti yang mesti dineutralkan demi kestabilan negara.. kita tidak mampu lagi berhadapan risiko sedemikian.. sudah nasib mereka berdua malang, tetapi berkorban demi negara.. ”

“baik tuan..”


Tammat..



p/s: cerita-ceriti ini adalah rekaan semata-mata, fiksyen, dongeng, bulak, sekati ku mesen.. sekda kenak mengenak langsong dengan yang hidup mahupun yang mati mahupun yang mati hidup kembali.. katanya tekk..


10 comments:

CAHAYA said...

nasib baik ada part 'p/s' ya. habislah kalau takda. :P

khairul onggon said...

Hehehe.. duhal.. rami urg madah lakonan jak semua ya.. wallahu 'aklam..

Suspen juak crita ya tek...

dukunlintah plk said...

cahaya..
hehehehe..

onggon..
rami urg madah?? cita pa kau tok?? hahahahahahahahahahahahahahaha....

algojompot said...

yahhh. baruk maca digital fortress. lom gik maca semua karya dan brown, david baldacci, john grisham. harus kakya kau dah boleh molah novel juak.

Su iJamm said...

Edeeeh.. sekda kaitan..? Mena ndak kah..?

MAMI_FARIS..... said...

lewat juak byk final chapter koh... cam biasa dgr jak cita tok.. tp di mana ya?

dukunlintah plk said...

algojompot..
jgn ko sik tauk, dan brown, david baldacci, john grisham ya semua pseudoname aku.. bah berangan!

suijamm..
meeeenarrrrr..

mami..
di mana ya? ntah, tak tau.. hihi..

Rudy said...

p/s bena tok pok?..ehehehehh

Kelebar Malam said...

well..itulah yg dikatakan globalisasi minda..mungkin benaqr..mungkin tidak..yg pasti, si pembunuh telah membunuh tp siapakah yg membunuh???..hanya Allah saja yg mengetahui segalanya..

erolnukman said...

suspen2...terer molah cerita..